Bahagian Sumber Manusia adalah merupakan sebuah bahagian di bawah Jabatan Pendaftar yang diketuai oleh seorang Ketua Timbalan Pendaftar (BSM) . Bahagian Sumber Manusia dibahagi kepada tiga (3) seksyen dan tujuh (7)  unit iaitu :

a) Seksyen Perkhidmatan Am

      Unit Pentadbiran dan Kewangan

      Unit Kebajikan

b) Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

     Unit Perjawatan Akademik

     Unit Perjawatan Bukan Akademik

     Unit Perkhidmatan

     Unit Teknologi Maklumat

c) Bahagian Pembangunan Sumber Manusia

     Unit Latihan

    Unit Cuti Belajar

VISI :

Menjana dan membangunkan modal insan yang bitara dan berkualiti selaras dengan Visi dan Misi UPSI

MISI :

 Memberi tumpuan kepada perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan

 Memberi penekanan kepada aspek kualiti dalam melaksanakan amalan – amalan pengurusan sumber
 manusia

 Menggunakan pendekatan teknologi dalam urusan tadbir urus sumber manusia

 Menjadi rakan kongsi strategi dengan ketua Ptj dalam menguruskan sumber manusia

 Menyediakan latihan berstruktur dan sistematik

 Menjadi sumber rujukan berkaitan urusan sumber manusia

 Menjadi sebuah organisasi yang terbuka dan telus dalam perkongsian maklumat dengan pelanggan Universiti

 Memastikan modal insan yang direkrut oleh UPSI adalah berkelayakan, berkemahiran dan berbakat serta memenuhi aspirasi Universiti

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.

Memaklumkan keputusan temu duga kenaikan pangkat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Memastikan latihan yang bersesuaian disediakan untuk membolehkan kakitangan mencapai sekurang-kurangnya 24 mata Continuous Profesional Development (CPD) setahun.

Mengeluarkan surat pengesahan jawatan kepada kakitangan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh perjumpaan bersama Naib Canselor / Pendaftar.

Memproses persaraan paksa (wajib) dalam tempoh dua (2) tahun sebelum tahun persaraan kakitangan.

Mengeluarkan surat keputusan temu duga cuti belajar kepada calon selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas temu duga.

Membuka sistem Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) selewat-lewatnya sebelum 15 Januari setiap tahun mengikut jadual yang ditetapkan.

Memastikan dasar-dasar berkaitan Pengurusan Sumber Manusia dikemaskini di dalam laman sesawang BSM selewat-lewatnya seminggu selepas diterima oleh BSM.

Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.