Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti dan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim Latihan Pensyarah IPTA (SLAI) anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/Sarjana/Profesional dalam bidang-bidang seperti mana diiklankan;
 
 FAKULTI BIDANG
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Fakulti Bahasa
Fakulti Perniagaan & Ekonomi
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Fakulti Seni & Muzik
Fakulti Sains Sukan
Fakulti Sains & Teknologi

KEMUDAHAN/ELAUN
 
Perincian elaun dan kemudahan skim latihan fellowship(Pelatih Akademik/Tutor)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah:-

a)Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D.)

b) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).

Memperolehi kelayakan Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.

Berumur tidak melebihi 40 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D dan tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana

Menyertakan cadangan penyelidikan yang lengkap untuk permohonan peringkat Ph.D.

Menyertakan surat tawaran pengajian peringkat PhD/ Sarjana (sekiranya ada)

Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Firma.

Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

CARA MEMOHON

Sila layari laman web UPSI di http://bsm.upsi.edu.my/fs/register.html untuk pendaftaran secara online dan memuat turun (download) borang dan mengemukakan dalam dua (2) salinan kepada :

Unit Perjawatan Akademik

Bahagian Sumber Manusia

Tingkat 1, Bangunan Canselori

Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)

35900 Tanjong Malim

PERAK DARUL RIDZUAN

Sila tandakan “ Permohonan Fellowship” dan nyatakan bidang pengkhususan di sudut kiri sampul surat permohonan semasa menghantar borang permohonan tersebut.

PERINGATAN
Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa dikehendaki mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dengan memperolehi skor minima:
    • Pengajian Dalam Negara : IELTS 5.0/TOEFL 460(PBT)/TOEFL 140 (CBT)
    • Pengajian Luar Negara : IELTS 6.5/TOEFL 600(PBT)/TOEFL 240 (CBT)

Pemohon digalakkan digalakkan membuat persediaan awal dengan berusaha untuk mendapatkan tempat pengajian sendiri di Universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Sila berhubung dengan Fakulti berkenaan untuk maklumat lanjut berhubung bidang yang dipohon.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TERBUKA SEPANJANG TAHUN