Kami mahu anda yang berkelayakan, komited dan pro-aktif bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan membawa anak watan ke puncak kegemilangan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris :

 
SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK
 JAWATAN GRED SYARATLANTIKAN
PENSYARAH UNIVERSITI* VK7/VK6/
DS53/DS51/DS45

GURU BAHASA DG41
SKIM FELLOWSHIP (TUTOR/FELLOWSHIP) DA41

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

DG41  

 
FAKULTI/ BIDANG
 FAKULTI BIDANG
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia



Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Fakulti Bahasa
Fakulti Perniagaan & Ekonomi
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Fakulti Seni & Muzik
Fakulti Sains Sukan
Fakulti Sains & Teknologi
Pusat Bahasa Moden

 
KEMUDAHAN/ ELAUN

GRED JAWATAN

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN

 

IMBUHAN TETAP KERAIAN

 

 

IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM

 

CATATAN

Profesor - VK7/VK6/VK5

RM1300.00

RM2150.00

-

*Imbuhan Tetap Keraian sebanyak RM500.00 sebulan diberi kepada anggota pada tahun ke-10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji. Sebelum itu anggota dibayar ITKA.

Profesor Madya - DS53/54

RM900.00

RM800.00

-

Pensyarah Kanan - DS51/52

RM700.00

RM600.00

-

Pensyarah - DS45

RM700.00

  RM500.00*

RM300.00

48

RM700.00

RM550.00

-

43 - 44

RM400.00

RM400.00

-

41 - 42

RM250.00

-

RM300.00

27 - 34

RM180.00

-

RM160.00

17 - 24

RM180.00

-

RM115.00

1 - 16

RM180.00

-

RM95.00

SYARAT UMUM
KELULUSAN BAHASA MELAYU
  Pemohon hendaklah mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau peperiksaan yang setaraf dengannya.

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN

  Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut Sistem Terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi  :-
 

a)   Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU

b)    lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN

c)   memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (Termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

TARAF JAWATAN
  TETAP
WARGANEGARA DAN HAD UMUR
  Calon-calon pelantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.    

 TEMPOH PERCUBAAN

  Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
 PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI
  Peperiksaan/Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan.
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
  Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
 
CARA MEMOHON
Sila klik >> http://bsm.upsi.edu.my/iklan/caramemohon.htm untuk cara-cara memohon JAWATAN AKADEMIK dan sila klik  http://bsm.upsi.edu.my/fs/main.htm untuk cara-cara memohon SKIM FELLOWSHIP (TUTOR/FELLOWSHIP).

>>Klik di sini untuk memohon secara online<<

 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan adalah terbuka SEPANJANG TAHUN

PERHATIAN!

* KEPERLUAN SEGERA BAGI BIDANG KEMAHIRAN HIDUP :

       KEJURUTERAAN (ELEKTRIK, ELEKTRONIK, AWAM, DAN MEKANIKAL), PERTANIAN DAN
       SAINS RUMAHTANGGA

Laman Utama
 
Cara Memohon