KERJAYA

ICONHRMIS

LNPT

KEHADIRAN

Pengemaskinian Maklumat Kakitangan Dalam MyUPSI Portal

Adalah dimaklumkan bahawa Projek Integrasi HRMIS dibangunkan atas inisiatif Majlis Pengarah-Pengarah ICT IPTA (MAPITA) dan KPT dalam usaha mempercepatkan proses memindah dan memusatkan data personal UA ke aplikasi HRMIS di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tanpa memerlukan pentadbir sistem di UA memasukkan data secara berulang atau mengubah sistem masing-masing.
 
Penambahbaikan telah dibuat pada skrin MyUPSI Portal bagi melaksanakan Projek Integrasi HRMIS. Penambahbaikan yang dibuat adalah seperti dalam lampiran yang disediakan.
 
Sehubungan dengan itu, kerjasama Y.Bhg. Prof. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dipohon agar dapat mengemaskini maklumat kakitangan dalam MyUPSI portal selewat-lewatnya pada 13 Mac 2018 (Selasa) bagi memastikan semua data personel Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lengkap. Bersama-sama ini, dilampirkan manual pengguna pengemaskinian maklumat kakitangan dalam MyUPSI Portal.

Segala kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Prof. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
 

portal1