Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

 LNPT

sign-up-icon

Kemudahan borang disediakan megikut keperluan setiap Staf UPSI

KERJAYA ONLINE 

Celebs-Career-Report1Year-main

Pihak Universiti mempelawa untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan

APLIKASI HRMIS

HRMIS

Sistem HRMIS diperkenalkan kepada semua kaktinagan kerajaan yang diterajui oleh JPA

Articles

Jawatan Bukan Akademik (asal)

Resize Font

Universiti Pendidikan SultanIdris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai. Pemohon bermula 16 Disember 2013 (Isnin)

BIL

JAWATAN

GRED

TARAF LANTIKAN

KEKOSONGAN

1

Pegawai Hal Ehwal Islam

S41

Kontrak

2

2

Jururawat

U29

Tetap

1

3

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

N17

Kontrak

2

4

Pembantu Awam

H11

Tetap

1

         

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

 Klik  pdf image untuk mendapatkan syarat-syarat lantikan bagi jawatan yang ingin dipohon

PANDUAN PERMOHONAN


 pin


Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun denganOnline Job Applicationini. Klik di sini     http://myjobs.upsi.edu.my
 .

 pin

Untuk permohonan jawatan kali ke-2 dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula/mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

 pin

Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak.

 pin

Untuk permohonan jawatan bukan akademik, pemohon tidak perlu menghantar sebarang cetakan CV, dokumen permohonan/sijil-sijil hardcopy/fotostat ke UPSI setelah memohon secara online, kecuali jika/setelah diminta berbuat sedemikian

 pin

Bagi permohonan jawatan akademik hendaklah mengambil tindakan berikut :
- Mencetak CV dan melengkapkan gambar;
- Melampirkan salinan sijil akademik, transkrip dan skrol;
- Melampirkan salinan-salinan penerbitan ;

 pin

Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga/perlu menghantar dokumen permohonan dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.

 pin

Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu mediumkomunikasiantara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia  di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6338 ( Pn. Murni) / 6340 (Pn. Nurul Ashikin) atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk pertanyaan.

           

1malaysia iconhrmisicon msciimjom masuk ujpaKementerian Pendidikan Malaysiamofmygovernmentmyideas

 

 

Copyright 2014 © Human Resource Division

DISCLAIMER: Universiti Pendidikan Sultan Idris shall not be liable for any loss or damage
caused by the use of information in this site.