Cetak E-mail


UNIT CUTI BELAJAR

 


a)  SLLKAP
 
   1.  Apakah Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP) ?
 

    Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP) adalah satu
    skim yang disediakan oleh UPSI untuk kakitangan bukan akademik Universiti yang
    ingin melanjutkan pengajian separuh masa di mana-mana Institusi Pengajian
    Tinggi Awam (IPTA) atau institusi-institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf.
 

   2.   Siapakah yang layak memohon skim ini ?
 

              Kakitangan bukan Akademik Universiti.
 

   3.   Apakah syarat-syarat permohonan ?
 

Bil.

Akademik

Bukan Akademik

i).

Pengajian dibuat secara separuh masa/pendidikan jarak jauh di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi-institusi lain yang diiktiraf.

ii).

Bidang pengajian sesuai dengan tugas hakiki.

iii).

Telah menerima surat tawaran kemasukan

iv).

Had umur maksimum 48 tahun.

v).

Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan disahkan dalam jawatan dan mencapai prestasi 85%

 

   4.   Apakah peringkat pengajian yang ditaja dibawah skim  ini?
 

    i)  Sarjana Muda

    ii)  Doktor Falsafah (tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa
         & Cuti Belajar Universiti)

 

   5.   Bagaimanakah untuk memohon skim ini?
 

         Pegawai perlu mengisi borang permohonan SLKKAP yang boleh di muat turun
     di 
http://bsm.upsi.edu.my

 

   6.   Apakah dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama borang
         permohonan SLKKAP?
 

     i)   Surat tawaran

     ii)  Cadangan Penyelidikan (sekiranya berkaitan)

     iii)  Salinan Diploma/ Ijazah pertama dan/atau Sarjana serta kelulusan–kelulusan yang setaraf dengannya, lengkap dengan transkrip.        
 

   7.   Adakah pemohon perlu menghadiri sesi temuduga? 
 

         Ya.
 

   8.   Siapakah ahli panel temuduga?
 

           i)    Timbalan Naib Canselor(Akademik & Antarabangsa) - Pengerusi

           ii)   Pendaftar - Ahli

          iii)   Ketua Jabatan/Dekan - Ahli

          iv)   Timbalan Pendaftar Kanan (Sumber Manusia) - Setiausaha

           v)   Penolong Pendaftar (Unit Cuti Belajar) - Urus Setia
 

    9.  Apakah kemudahan yang akan diperolehi oleh pegawai sepanjang tempoh
         pengajian?
 

         i)   Yuran Pengajian

         ii)  Yuran Makmal

         iii)  Yuran Komputer

         iv)  Yuran Perpustakaan

          v)   Elaun Tesis
 

   10.  Bilakah pegawai perlu mengemukakan laporan pengajian semasa melanjutkan
           pengajian?
 

           Setiap 6 bulan sekali sepanjang tempoh pengajian atau dua minggu selepas
           keputusan Peperiksaan akhir diperolehi.
 

   11.  Apakah implikasi jika Laporan Kemajuan Pengajian Siswazah tidak dihantar dalam
       tempoh yang ditetapkan?
 

           Pembayaran yuran Pengajian akan ditangguhkan sehingga Laporan Kemajuan
           Pengajian Siswazah diterima oleh Unit Cuti Belajar, Bahagian Sumber Manusia
           (BSM).
 

  12.   Adakah pegawai layak memohon bagi pelanjutan pengajian dan sekiranya layak
   bagaimanakah cara untuk memohon?
 

           Pegawai layak memohon kepada Jawatankuasa Biasiswa dan Cuti Belajar melalui
           Ketua Jabatan beserta dokumen-dokumen berikut:

           i)    Surat permohonan pelanjutan dengan menyatakan alasan mengapa pelanjutan
                 diperlukan

           ii)
   Surat sokongan penyelia (sekiranya berkaitan

   iii)   Jadual sepanjang tempoh pelanjutan
 

  13.    Berapakah tempoh ikatan kontrak yang dikenakan antara pegawai dan Universiti?
 

 

JUMLAH PEMBIAYAAN

 

TAHUN BERKHIDMAT

JUMLAH GANTIRUGI

Sehingga RM 9,999.00


2 tahun


- sebenar -

RM 10,000.00 hingga RM 14,999.00

3 tahun

- sebenar -

 

RM 15,000.00 dan ke atas

 

4 tahun
 

 

- sebenar -





 

 


 

 

 

 

b) CUTI SABATIKAL
 

    1.   Apakah objektif Cuti Sabatikal?
 

          i)   Untuk mengikuti pengajian atau penyelidikan dalam bidang kepakaran.

          ii)
  Untuk mendapatkan pengalaman dan memperolehi pengetahuan tentang
               perkembangan dan kemajuan terkini dalam sesuatu bidang kepakaran
 

   2.  Siapakah yang layak memohon?
 

        Kakitangan akademik (tetap) yang berada di Gred DS52 dan ke atas.
 

   3.  Apakah syarat-syarat permohonan?
 

   i)   Disahkan dalam jawatan

        ii) Tempoh perkhidmatan dan kelayakan umur seperti di bawah:

Tempoh Perkhidmatan dan Kelayakan (CS)

Umur Semasa Mula (CS)

Umur Selepas Tamat (CS)

Ikatan dan Bayaran Gantirugi

Perkhidmatan 3 tahun (5 bulan)

53 tahun

Tidak melebihi umur 55 tahun

1 tahun ikatan RM 20,000.00

Perkhidmatan 5 tahun (9 bulan)

52 tahun

Tidak melebihi umur 53 tahun

2 tahun ikatan RM 35,000.00

 

   4.  Bagaimanakah cara untuk memohon Cuti Sabatikal?
 

        Mengisi borang permohonan Cuti Sabatikal yang boleh di muat turun di
        http://bsm.upsi.edu.my
 
   5.  Berapa lamakah tempoh memproses permohonan?
 
        Bergantung kepada tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar UPSI yang akan
        meluluskan permohonan.
 

   6.  Dimanakah tempat pengajian yang boleh dipohon?
 

        Dalam atau luar Negara
 

  7.   Apakah kemudahan yang akan diperolehi oleh pegawai sepanjang tempoh Cuti
        Sabatikal?     
 

        i)  Gaji + Elaun

       ii)  Elaun Sara Hidup

       iii)  Tiket Kapal Terbang (sekiranya berkaitan)

       iv)  Yuran pengajian (sekiranya berkaitan)*Dilampirkan senarai elaun mengikut
             negara
 

   8.   Bolehkah pegawai membawa keluarga bersama?
 

          Tidak
 

   9.   Bilakah pegawai perlu mengemukakan laporan Cuti Sabatikal?
 

         Setiap tiga (3) bulan dan laporan akhir selepas 30 hari dari tarikh tamat pengajian.
 

  10.  Bolehkah pegawai memohon penangguhan untuk mengikuti Cuti Sabatikal?
 

         Boleh dengan mengisi borang penangguhan Cuti Sabatikal. Penangguhan
     hendaklah dibuat melalui Dekan.
 

  11. Berapa lamakah tempoh penangguhan yang boleh dipohon?
 

         24 bulan atas sebab kepentingan perkhidmatan dan 12 bulan atas sebab peribadi.
 

  12. Bilakah pegawai perlu melapor diri selepas tamat tempoh Cuti Sabatikal?
 

         Sehari selepas tamat tempoh pengajian (sekiranya tarikh tersebut merupakan hari
         cuti umum, pegawai perlu melapor diri pada hari bekerja berikutnya).
 

  13.  Adakah pegawai layak untuk bercuti selepas melapor diri?
 

          Layak, sekiranya pegawai menjalani Cuti Sabatikal di luar negara sepenuhnya.
 

 
  
c)  SLAI/SPLIT (UPSI – NOVA)
 

   1.   Apakah Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) / SPLIT (UPSI – NOVA)?
 

         Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)/SPLIT (UPSI – NOVA) adalah satu program
         kerjasama di antara UPSI dengan NOVA Southeastern University untuk kakitangan
         akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D.
   
 

   2.   Siapakah yang layak memohon skim ini?
 

         Kakitangan akademik yang berumur tidak melebihi 45 tahun sewaktu memulakan
         pengajian.
 

  3.   Apakah syarat-syarat permohonan?
 

         i)  Skor minimum IELTS: 6.0 atau TOEFL: 680

        ii)  Disahkan dalam jawatan
 

  4.   Bagaimanakah untuk memohon skim ini?
 

    Pegawai perlu mengisi borang permohonan NOVA yang boleh dimuat turun
    di 
http://www.SchoolofEd.nova.edu

 

   5.   Siapakah yang menaja program ini?
 

         Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM)
 

    6.   Apakah kemudahan yang akan diperolehi?

 

          i)    Gaji + Elaun*

          ii)   COLA (mengikut tempat pengajian)

          iii)  Elaun Sara Hidup (mengikut tempat pengajian)   

          iv)   Elaun Penempatan (sekali sepanjang pengajian)

          v)   Elaun Buku (setahun sekali)

          vi)   Elaun Perkakas (setahun sekali)

         vii)   Elaun Tesis (sekali sepanjang pengajian)

         viii)  Elaun Amali (sekiranya berkaitan)
 

   7.   Berapa lamakah tempoh bagi memproses permohonan sehingga keputusan dari
          Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) diterima?
 

 

 
A+ | A- | Reset

PERUTUSAN 2010

  Amanat Menteri Pengajian
  Tinggi Malaysia  
 Amanat Dato VC 2010  
http://bsm.upsi.edu.my/images/stories/nc.JPG

 

Memperkukuhkan Budaya
Inovasi:Capai Kebitaraan

MUTIARA KATA


Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
 
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
 
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
 
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
 

 
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
 
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh
 
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan
 

LOGIN PENGGUNA






Katalaluan hilang?
Belum berdaftar? Daftar
APA PENDAPAT ANDA TENTANG LAMAN WEB KAMI ?