UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) ingin mempelawa kakitangan UPSI bertaraf tetap yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan sebagai Universiti No. 1 Pendidikan di Malaysia. Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan berikut:-
Bil | Kumpulan Perkhidmatan | Jawatan | Gred | Taraf | Kekosongan |
1. |
| Jururawat | U32 | Tetap | 1 |
2. | Pembantu Makmal | C22 | Tetap | 2 |
PERKARA AM
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
2. Selain daripada memenuhi syarat sepertimana ditetapkan dalam skim perkhidmatan
berkenaan, calon mestilah:
a) bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib;
b) telah lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
c) telah lulus pengisytiharan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini perkhidmatan;
d) bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi
pinjaman pendidikan; dan
e) telah menghadiri kursus English for Works / Functional English dengan jayanya.
3. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh
tutup tidak akan dipertimbangkan.
4. Permohonan kenaikan pangkat adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan
maklumat yang tidak benar.
5. Pihak Pengurusan Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon
yang berjaya mengikut keperluan Universiti.