Cuti Belajar

PENGENALAN

Menguruskan program pembangunan sumber manusia melalui program penawaran biasiswa dan cuti belajar untuk peningkatan kelayakan akademik kakitangan dan pelajar seperti Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)/Skim Akademik IPTA (SLAI), Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP), Hadiah Latihan Persekutuan Kakitangan Bukan Akademik Universiti Awam (HLP), Skim Post Doktoral, dan Skim Pelajar Cemerlang UPSI.

Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)/Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)

SLAB adalah merupakan Skim Latihan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditawarkan kepada kakitangan akademik Bumiputera untuk  melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD.

SLAI adalah merupakan Skim Latihan di bawah Kementerian Pendidikan Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditawarkan kepada kakitangan akademik Bumiputera dan bukan Bumiputera melanjutkan pengajian diperingkat PhD sahaja.

Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP)

Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP) adalah merupakan satu program pembiayaan biasiswa oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertujuan menaja staf akademik dan bukan akademik Bumiputera/BukanBumiputera di institusi-institusi pengajian tinggi dalam negara secara separuh masa.

Hadiah Latihan Persekutuan Kakitangan Bukan Akademik Universiti Awam (HLP)

Satu program latihan jangka panjang dengan pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk kakitangan bukan akademik di Universiti Awam (UA) bagi Gred 41 dan ke atas untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan di dalam dan di luar negara. Program ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir di UA.

Skim Post Doktoral

Satu program latihan jangka panjang dengan pembiayaan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  untuk kakitangan akademik yang telah memperolehi PhD dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Program ini bertujuan memberi peluang kepada kakitangan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Skim Pelajar Holistik UPSI

Satu program yang telah dilaksanakan bermula tahun 2008 setelah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Pengurusan Eksekutif. Program ini diwujudkan adalah untuk memberi  penajaan kepada pelajar-pelajar UPSI yang cemerlang bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di UPSI.

GARIS PANDUAN CUTI BELAJAR    

  1. Garis Panduan Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)/Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) (.pdf)

  2. Garis Panduan Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP) (.pdf)

  3. Garis Panduan Skim Post Doktoral (.pdf)

  4. Garis Panduan Skim Pelajar Holistik UPSI (.pdf)


      Kadar Elaun:
      (SLAB/SLAI/POST DOKTORAL/
      SPU/SABATIKAL) (.pdf)