IKLAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK BAGI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) ingin mempelawa kakitangan UPSI bertaraf tetap yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan sebagai Universiti No. 1 Pendidikan di Malaysia. Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan berikut:-

Bil

Kumpulan Perkhidmatan

Jawatan

Gred

Taraf

Kekosongan

1.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Pegawai Tadbir

 N54

 Tetap

          1

PERKARA AM

1.    Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2.    Selain daripada memenuhi syarat sepertimana ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan, calon mestilah:

a.      bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib;

b.      telah lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

c.      telah lulus pengisytiharan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini perkhidmatan;

d.      bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan; dan

e.      telah menghadiri kursus English for Works dengan jayanya.

3.    Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

4.    Permohonan kenaikan pangkat adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.

5.    Pihak Pengurusan Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan Universiti.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

28 September 2020 (Isnin)

PANDUAN PERMOHONAN

1.    Permohonan perlu dibuat secara bertulis melalui Ketua Jabatan masing-masing dan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kenaikan Pangkat Bukan Akademik yang boleh dimuat turun secara online di laman web Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) melalui link –  BORANG PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK UPSI.

2.    Sila hantarkan permohonan ke :

Timbalan Pendaftar

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim

Perak

3.    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM 05-450 6328 / 6340

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 

Tarikh tutup permohonan jawatan yang diiklankan adalah pada 28 September 2020 (Isnin).