PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Career

Academic Position

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Closing Date: 16/03/2026

Vacancy Details

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.

BIL

JAWATAN

GRED  & TARAF

PTJ

BIDANG

KRITERIA PEMILIHAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

DG9

(Kontrak)

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan

Penempatan : Sekolah Seri Budiman

  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Mandarin
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan mengikut bidang.

16 Mac 2026

GAJI DAN KEMUDAHAN ELAUN

GRED JAWATAN

GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM

IMBUHAN TETAP DAN ELAUN SARA HIDUP

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 RM 2,250.00 – RM 11,110.00

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) RM 225.00

Imbuhan Tetap Keraian RM 300.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
Bayaran Imbuhan Sara Hidup RM 150.00

SYARAT-SYARAT UMUM

a.     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
b.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
SYARAT-SYARAT KHUSUS
1.     JAWATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG9 (KONTRAK)
(i)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(i)(Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM2,360.00); atau
(ii)     Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM2,580.00); atau
(iii)    Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM2,580.00); atau(iv)   Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM3,130.00); atau
(v)    Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM3,460.00). 
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

Pemohon Warganegara hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online di pautan myjobs.upsi.edu.my

 PENTING :

Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

SHARE