We pledge and are committed to:
Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
Memaklumkan keputusan temu duga kepada calon selewat-lewatnya (1) satu bulan dari tarikh temu duga.
Memastikan latihan yang bersesuaian disediakan untuk membolehkan kakitangan mencapai sekurang-kurangnya 24 mata Continuous Profesional Development (CPD) khusus setahun.
Mengeluarkan surat pengesahan jawatan kepada kakitangan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh perjumpaan bersama Naib Canselor/Pendaftar.
Memproses persaraan paksa (wajib) dalam tempoh dua (2) tahun sebelum tahun persaraan kakitangan.
Mengeluarkan surat keputusan temu duga cuti belajar kepada calon selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas temu duga.
Membuka sistem Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) selewat-lewatnya sebelum 15 Januari setiap tahun mengikut jadual yang ditetapkan.
Memastikan dasar-dasar berkaitan Pengurusan Sumber Manusia dikemaskini di dalam laman sesawang BSM selewat-lewatnya seminggu selepas diluluskan oleh Universiti.
Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.