Piagam Pelanggan

Komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional dan tepat pada masanya kepada semua pihak berkepentingan.

01

Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.

02

Memaklumkan keputusan temu duga kenaikan pangkat kepada calon lima belas (15) hari dari tarikh keputusan diterima daripada pihak berkuasa pelantik.

03

Memastikan latihan yang sesuai disediakan bagi membolehkan pekerja mencapai Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) seperti yang diluluskan pada tahun semasa.

04

Mengeluarkan surat pengesahan jawatan kepada staf dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh mesyuarat bersama Naib Canselor / Pendaftar.

05

Mengeluarkan surat keputusan temu duga cuti belajar kepada calon tidak lewat daripada lima (5) hari bekerja selepas temu duga.

06

Memastikan Sistem Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dibuka sebelum 15 Januari setiap tahun mengikut jadual.

07

Memastikan dasar berkaitan Pengurusan Sumber Manusia dikemas kini di laman web BSM tidak lewat daripada satu minggu selepas diluluskan oleh Universiti.

08

Memastikan permohonan Surat Jaminan diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

09

Memaklumkan keputusan lanjutan kontrak dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kelulusan diterima daripada pihak berkuasa pelantik.

10

Maklum balas kepada pengadu hendaklah diberikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memaklumkan bahawa aduan mereka telah diambil tindakan dan akan diselesaikan.

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan

Akses metrik terperinci dan penilaian prestasi.