Peperiksaan Perkhidmatan Awam
Satu peperiksaan dalam perkhidmatan yang wajib diduduki oleh penjawat awam yang dilantik buat kali pertama dalam perkhidmatan awam bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
Tujuan
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam bagi semua penjawat awam untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, sebagaimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bilangan 3 Tahun 1976, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988 – Peraturan mengenai Peperiksaan Perkhidmatan Awam serta semua peraturan yang berkaitan dengannya, dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012.
Objektif
Untuk mengukur pengetahuan, pemahaman dan kemahiran pegawai perkhidmatan awam mengenai: