Maklumat Korporat

Memperkasa Modal Insan UPSI melalui pengurusan strategik, inovasi, dan perkhidmatan berdedikasi.

Visi Kami

Menjana dan membangunkan modal insan yang unik serta berkualiti tinggi selaras dengan Visi dan Misi UPSI.

Misi Kami

Fokus kepada perkhidmatan berorientasikan pelanggan

Fokus kepada kualiti dalam melaksanakan amalan pengurusan sumber manusia.

Mengaplikasikan pendekatan teknologi dalam pengurusan sumber manusia.

Menjadi rakan strategik bersama Ketua Pusat Tanggungjawab dalam mengurus sumber manusia.

Menyediakan latihan yang berstruktur dan sistematik.

Berfungsi sebagai rujukan bagi perkara berkaitan sumber manusia.

Menjadi organisasi yang terbuka dan telus dalam berkongsi maklumat dengan pelanggan universiti.

Memastikan modal insan yang direkrut oleh UPSI berkelayakan, berkemahiran, berbakat, serta berupaya memenuhi aspirasi universiti.

Kenali Pasukan Kami

Terokai pelbagai unit dalam Bahagian Sumber Manusia UPSI. Dapatkan pakar yang tepat untuk membantu anda dalam pengambilan, latihan, faedah, dan pembangunan organisasi.