Cuti Belajar

Menguruskan program pembangunan sumber manusia melalui tawaran biasiswa dan cuti belajar bagi meningkatkan kelayakan staf akademik seperti Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Skim Latihan Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (SLAI), Skim Latihan Khas Akademik dan Pengurusan (SLKKAP) serta skim-skim lain.

Bangunan Suluh Budiman, bangunan warisan bersejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini menempatkan Muzium Pendidikan Nasional.

Program & Skim Kami

SLAI / SPLIT (UPSI – NOVA)

Program berkembar antara UPSI dan NOVA Southeastern University bagi membolehkan staf akademik melanjutkan pengajian ke peringkat Ph.D.

SLKKAP

Satu skim yang disediakan oleh UPSI untuk staf bukan akademik bagi melanjutkan pengajian secara separuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf.

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

Program latihan jangka panjang dengan pembiayaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk staf bukan akademik (Gred 41 dan ke atas) bagi melanjutkan pengajian pasca siswazah di dalam atau luar negara.

Skim Pasca Doktoral

Program latihan jangka panjang dengan pembiayaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk staf akademik yang memiliki PhD bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Skim Pelajar Holistik UPSI

Satu program yang bertujuan menaja pelajar cemerlang UPSI untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UPSI.

Infografik Program

Sumber Boleh Muat Turun

Garis Panduan Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)/Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)

PDF Document (.pdf)

Carta Alir Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

PNG image (.png)

Garis Panduan Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP)

PDF Document (.pdf)

Garis Panduan Skim Pasca Doktoral

PDF Document (.pdf)

Garis Panduan Skim Pelajar Holistik UPSI

PDF Document (.pdf)

Kadar Elaun: SLAB / SLAI / PASCA DOKTORAL / SPU / SABATIKAL

PDF Document (.pdf)