UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa kakitangan UPSI di kalangan Warganegara Malaysia kakitangan bertaraf tetap/kontrak/sementara/sambilan yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan di Malaysia. Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukan permohonan bagi jawatan berikut:-
BIL | KUMPULAN PERKHIDMATAN | JAWATAN | GRED | TARAF |
1 | Pelaksana | Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) | N19 | Tetap |
2 | Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Bidang Pembantu Pengurusan Murid | N19 | ||
3 | Pembantu Setiausaha Pejabat | N19 | ||
4 | Pembantu Operasi | N11 |
Klik DISINI untuk mendapatkan syarat-syarat permohonan bagi jawatan yang disenaraikan.
PERKARA AM
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
- Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat tidak benar
- Pihak pengurusan Universiti berhak menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan Universiti.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam bulan (6) dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
- Terbuka hanya kepada kakitangan UPSI sahaja.
- Pegawai perlu lengkap imunisasi COVID-19.
PANDUAN PERMOHONAN
- Permohonan perlu dibuat secara bertulis kepada Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan mengisi Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di laman web Bahagian Sumber Manusia (BSM) melalui BORANG PERMOHONAN JAWATAN KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK (DALAMAN). Sila sertakan bersama resume atau “curriculum vitae” dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas.
- Sila hantarkan permohonan ke:
Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
3. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM :
No. Telefon : 05 – 450 6328 / 6339 / 6340
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan jawatan yang diiklankan adalah pada 16 MEI 2023 (SELASA).