PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

TERKINI : Iklan Jawatan Skim Perkhidmatan Khas Universiti (SPKU)

November 6, 2019

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Universiti No. 1 Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.

Senarai kekosongan jawatan adalah seperti berikut:-

   BIL                   JAWATAN        GRED             TARAF       KEKOSONGAN TARIKH TUTUP
    1

 

 Skim Perkhidmatan Khas Universiti (SPKU) – Pengawal Keselamatan        Gred 11            Kontrak                15

 

19 November 2019

PANDUAN EPRMOHONAN

  1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
  1. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  2. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  3. Setelah permohonan lengkap diisi,
  1. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjob.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
  2. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  3. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.