This Page is Under Maintenance
Nota: (/) Layak, (X) Tidak Layak
Pasangan, Anak-anak dan Ibu Bapa staf yang berkelayakan adalah seperti berikut (Rujuk PP bil. 21 Tahun 2009):
1. Suami, isteri atau isteri-isteri;
2. Balu seseorang pegawai juga akan dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula;
3. Anak- anak berumur di bawah 18 tahun dan sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun;
4. Anak kandung, anak tiri atau anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.;
5. Anak-anak Kurang Upaya (OKU) tiada had umur;
6. Ibu bapa kandung, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang.;
7. **Pegawai Kontrak Bukan Warganegara (Rujuk SPP bil. 6 Tahun 2010);
a) Kemudahan perubatan untuk diri sendiri dan keluarga dan terhad kepada 3 orang anak yang berusia 18 tahun ke bawah yang diisytiharkan kepada Ketua Jabatan;
b) Kemudahan perubatan terhad kepada yang disediakan oleh klinik / hospital kerajaan sahaja TIDAK termasuk Institut Jantung Negara (IJN) dan
c) Kemudahan perubatan TIDAK meliputi penyakit yang telah dihidapi oleh ahli keluarga sebelum pegawai dilantik dalam perkhidmatan.
Dokumen yang diperlukan untuk pengemaskinian kelayakan perubatan di BSM adalah seperti berikut:
1. Salinan kad pengenalan (staf dan pasangan).
2. Salinan sijil nikah bagi yang telah berkahwin.
3. Salinan sijil lahir anak (MyKid tidak dibenarkan).
4. Salinan surat tawaran melanjutkan pengajian bagi anak berumur 18 tahun hingga 21 tahun.
5. Salinan kad pengenalan ibu bapa kandung/tiri/angkat yang sah.
6. Salinan pasport bagi staf/tanggungan bukan warganegara.
7. Salinan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi anak kelainan upaya (OKU).
8. Salinan Sijil Pengangkatan Anak Angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi anak bagi anak angkat yang telah disahkan.
9. Salinan sijil Perceraian.