PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Career

Academic Position

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Closing Date: 18/12/2023

Vacancy Details

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2023. Jika anda seorang yang berkelayakan, komited dan pro-aktif untuk bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan, berikut adalah kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Klik disini untuk maklumat lanjut.

 

BIL

JAWATAN

GRED & TARAF

FAKULTI

BIDANG

KRITERIA PEMILIHAN

1

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

DG41 (KONTRAK)

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan

– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Sains
– Matematik
– Pendidikan Islam
– Pendidikan Seni
– Pendidikan Muzik
– Pendidikan Bahasa Arab
– Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan

GAJI DAN KEMUDAHAN ELAUN

GRED JAWATAN

GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM

IMBUHAN TETAP DAN ELAUN SARA HIDUP

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 RM 2,188.00 – 9,552.00
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
RM 225.00
Imbuhan Tetap Keraian – RM 300.00
Imbuhan Tetap Perumahan – RM 300.00
Elaun Bantuan Sara Hidup – RM 150.00

SYARAT – SYARAT UMUM

a. Warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.

SYARAT – SYARAT KHUSUS

JAWATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 (KONTRAK)

i. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi penhajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,188.00); atau

ii. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94); atau

iii. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94); atau

iv. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,902.98); atau

v. ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM3,209.60)

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

Pemohon Warganegara hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online di pautan myjobs.upsi.edu.my myjobs.upsi.edu.my

PENTING :
Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.