PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Career

Academic | Citizen Position

Pensyarah Universiti

Closing Date: 27/10/2023

Vacancy Details

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2023. Jika anda seorang yang berkelayakan, komited dan pro-aktif untuk bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan, berikut adalah kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Klik disini untuk maklumat lanjut.

 

BIL

JAWATAN

GRED & TARAF

FAKULTI

BIDANG

KRITERIA PEMILIHAN

1.

PENSYARAH UNIVERSITI

DS51 (Tetap/Kontrak)

Fakulti Sains Kemanusiaan

–  Kurikulum dan Pendidikan Pengajian Am / Pedagogi / Kurikulum Sosiologi

–  Kurikulum dan Pendidikan Geografi

–  Sejarah Malaysia

–  Pendidikan Islam

–  Syariah

–  Pendidikan Moral

–  Geografi

Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan.
2.

Fakulti Pembangunan Manusia

–  Sosiologi

–  Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

–  Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Penglihatan)

3.

Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi

–  IoT (Internet of Things)

–  Pembangunan Aplikasi Mudah Alih

–  Grafik Komputer

–  Pendidikan Teknologi Maklumat / Pendidikan Multimedia

–  Rangkaian Komputer

–  Matematik untuk Komputeran

4.

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

–  Kewangan

–  Pengauditan

–  Pendidikan Perakaunan

–  Pendidikan Ekonomi

–  Ekonomi Kewangan

–  Pembangunan Sumber Manusia

–  Pengurusan Sumber Manusia

–  HRM (Occupational Safety and Health)

–  Pengurusan Pendidikan

–  Perancangan dan Dasar Pendidikan

–  Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan

–  Penyelidikan Kualitatif dalam Penyelidikan

–  Pengurusan / Pembangunan Sumber Manusia dalam Pendidikan

–  Kepimpinan Pendidikan

GAJI DAN KEMUDAHAN ELAUN

GRED JAWATAN

GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM

IMBUHAN TETAP DAN ELAUN SARA HIDUP

Pensyarah Universiti – Gred DS51 RM 5,855.00 – 12,445.00
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
RM 290.00
Imbuhan Tetap Keraian – RM 600.00
Imbuhan Tetap Perumahan – RM 700.00
Elaun Bantuan Sara Hidup – RM 150.00

SYARAT – SYARAT UMUM

a. Warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.

SYARAT – SYARAT KHUSUS

JAWATAN: PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 (TETAP/KONTRAK)

a. Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b. Mempunyai dedikasi yang tinggi sebagai pendidik, terlibat aktif dalam aktiviti penyelidikan perundingan dan penerbitan serta khidmat masyarakat.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!