PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Peperiksaan Perkhidmatan Awam

Peperiksaan Perkhidmatan Awam  merupakan peperiksaan dalam perkhidmatan yang perlu dihadiri oleh penjawat awam yang dilantik kali pertama ke perkhidmatan awam bagi tujuan pengesahan dalam jawatan.

Garis Panduan ini disediakan adalah untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam bagi semua anggota perkhidmatan awam untuk tujuan pengesahan dalam jawatan sepertimana yang disyaratkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bilangan 3 Tahun 1975, Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1998 – Peraturan – Peraturan Mengenai Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan semua peraturan berkaitan dengannya dan Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2012.

Mengukur tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran seseorang pegawai perkhidmatan awam dengan lebih objektif mengenai:

a. Sejarah negara
b. Dasar utama kerajaan
c. Rancangan dan program pembangunan negara
d. Kompetensi / bidang tugas

Klik di pautan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Peperiksaan Perkhidmatan Awam :

1) Garis Panduan Pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam UPSI
2) Manual Pengguna Peperiksaan Perkhidmatan Awam (Staf)
3) Manual Pengguna Peperiksaan Perkhidmatan Awam (Ketua Jabatan)

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!