PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Gangguan Capaian Sistem HRMIS, MyHRMIS Mobile dan Portal HRMIS

November 10, 2021

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa aktiviti Penyelenggaraan Tahunan Sistem HT/LV Bagi Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya akan diadakan pada 13 November 2021 (Sabtu ) jam 8.30 pagi sehingga 14 November 2021 (Ahad ) jam 9.00 malam. Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan sistem Voltan Tinggi (HT) dan sistem Voltan Rendah (LV) akan mengganggu bekalan elektrik bagi peralatan yang menggunakan bekalan kuasa normal dan Pusat Data JPA terpaksa ditutup sepanjang tempoh pengujian tersebut. Tempoh masa ini juga mengambil kira tempoh proses shutdown dan up semua peralatan ICT secara teratur (grace downtime).

Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut, pengguna akan mengalami gangguan capaian kepada perkhidmatan dalam talian JPA termasuk sistem HRMIS, MyHRMIS Mobile dan portal HRMIS. Perincian aktiviti tersebut serta pegawai yang bertanggungjawab adalah seperti di lampiran.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pasukan Promosi HRMIS
Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik
Jabatan Perkhidmatan Awam
Emel : promoHRMIS@jpa.gov.my
Faks : +603 83242420

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!