PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

PELAKSANAAN LATIHAN 24 MATA CPD SETAHUN

January 24, 2019

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa berkuatkuasa Januari 2019, staf Universiti adalah DIWAJIBKAN untuk mengumpul 24 jam mata CPD setahun mengikut pecahan mata yang telah ditetapkan.Untuk makluman, kegagalan memenuhi mata minimum yang ditetapkan akan memberi kesan kepada markah LNPT,pengesahan jawatan, kenaikan pangkat serta peluang untuk mengikuti skim-skim lain yang ditawarkan oleh pihak Universiti.

Sehubungan itu, kerjasama semua staf adalah dipohon untuk mengambil maklum berkenaan perkara ini dalam memastikan 100 peratus staf mencapai mata minimum CPD pada akhir tahun 2019. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia di talian 05-450 6494/6413 atau emel terus ke bsm.latihan@upsi.edu.my.

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!