PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Jom Sertai Kursus Pemantapan Khatib & Khutbah Efektif

September 15, 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan yang dihormati,

2.  Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan  Kursus Pemantapan Khatib dan Khutbah Efektif kepada kakitangan seperti butiran berikut:

           Tarikh : 13 hingga 14 Oktober 2022 (Khamis hingga Jumaat)
           Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
           Tempat : Bilik Seminar, Aras Bawah, Blok 9, Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI

3.    Bagi kakitangan UPSI, Permohonan bagi mengikuti kursus ini boleh dibuat melalui MyUPSI Portal selewat-lewatnya pada 6 Oktober 2022 (Khamis)

4.    Sekiranya terdapat individu/ kakitangan luar UPSI yang berminat untuk menyertai kursus ini, peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 sahaja termasuk sijil penyertaan serta pakej makan/minum (tiga kali sehari). Sekiranya berminat, YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi urusetia Pn. Suriani binti Shariff di talian (011-24141005- surianishariff@upsi.edu.my) atau En. Muhammad Hamdi bin Azmi (017-4693178 / mdhamdi@upsi.edu.my) untuk pertanyaan lanjut berkenaan kursus tersebut.  

Sekian, terima kasih.

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!