Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2024. Jika anda seorang yang berkelayakan, komited dan pro-aktif untuk bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan, berikut adalah kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Klik disini untuk maklumat lanjut.
BIL |
JAWATAN |
GRED & TARAF |
Fakulti |
Bidang |
Kriteria Pemilihan |
1. |
PENSYARAH UNIVERSITI
|
DS51 (Tetap)
|
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi |
– Pengurusaan Pendidikan – Perancangan dan Dasar Pendidikan – Pengurusan Kualiti Dalam Pendidikan – Penyelidikan Kualitatif Dalam Pendidikan – Pengurusan/Pembangunan Sumber Manusia Dalam Pendidikan – Kepimpinan Pendidikan
|
Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan.
|
SYARAT-SYARAT UMUM |
||
a. Warganegara Malaysia; b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; c. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan. |
||
SYARAT-SYARAT KHUSUS |
||
JAWATAN: PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 (TETAP) a. Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. b. Mempunyai dedikasi yang tinggi sebagai pendidik, terlibat aktif dalam aktiviti penyelidikan perundingan dan penerbitan serta khidmat masyarakat. |
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN |
||
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. |
CARA MEMOHON |
Pemohon Warganegara hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online di pautan myjobs.upsi.edu.my
PENTING : |