PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Tahun 2023 Bagi Pembantu Akauntan, Pembantu Tadbir (Kewangan) Dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Yang Menjalankan Tugas Kewangan Sepenuh Masa

April 4, 2023

Assalamu’alaikum/Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan yang dihormati,

2.         Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panel Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Universiti Awam (UA) Bil. 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 6 Mac 2023 telah bersetuju melaksanakan Peperiksaan BITK Tahun 2023 pada 26 Julai 2023 secara bersemuka selaras dengan Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 

3.         Sehubungan itu, mohon YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghebahkan kepada Pembantu Akauntan, Pembantu Tadbir (Kewangan) dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa di Pusat Tanggungjawab masing-masing. 

4.         Calon perlu mengemukakan borang permohonan baharu di Lampiran C dan Urus setia UA dikehendaki mengemaskini maklumat calon peperiksaan BITK yang terkini dengan menghantar borang Lampiran D dan E

5.         Bersama-sama ini disertakan Cabutan Minit Mesyuarat Panel Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Universiti Awam Bil. 1/2023 dan dokumen yang berkaitan permohonan peperiksaan BITK untuk makluman dan tindakan lanjut YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Borang yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada Unit Latihan selewatnya sebelum atau pada 13 April 2023 secara e-mel.

6.         Sebarang pertanyaan berkaitan Peperiksaan BITK, sila hubungi En. Abdul Hadi bin Ahmad  (abdhadi@upsi.edu.my) di talian 05-4506413 /0195960282 dan Pn. Kasyidah Aminah Binti Abdullah @ Abu Bakar (kasyidah@upsi.edu.my) di talian 05-4506494 / 0175365132. Cara Pembayaran adalah seperti di Lampiran A. 

7.         Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

DAPATKAN SEMUA BORANG DI SINI.

Sekian.

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!