PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Terkini : Iklan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11

October 28, 2021

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai UPSI No. 1 Pendidikan di Malaysia dan  berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.

Senarai kekosongan jawatan adalah seperti berikut:-

 BILKUMPULAN PERKHIDMATAN         
   JAWATAN
 
GRED

 TARAF
 
KEKOSONGAN
  1.Kumpulan Pelaksana   Pengawal Keselamatan KP11  Tetap             1

Klik DISINI untuk maklumat lanjut berkenaan syarat lantikan bagi jawatan yang diiklankan.

PANDUAN PERMOHONAN

  1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
  2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  4. Setelah permohonan lengkap diisi,
    a) sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
    b) sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);
    c) dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel;
    d) pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/ sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj)
  5. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjob.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
  6. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  7. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
  8. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

9. Sila hantarkan permohonan ke:

    Unit Perjawatan
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Universiti Pendidikan Sultan Idris
    35900 Tanjung Malim, Perak

10. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM : 05 – 450 6328 / 6399 / 6339 / 6340

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan jawatan yang diiklankan adalah pada 12 NOVEMBER 2021 (JUMAAT)

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!