PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

TERKINI : Iklan Pelantikan Dalaman Kakitangan Bukan Akademik

June 18, 2020

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) ingin mempelawa kakitangan UPSI di kalangan kakitangan bertaraf tetap yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai UPSI No. 1 Pendidikan di Malaysia. Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan berikut:-

 BilKumpulan Perkhidmatan           Jawatan   Gred   Taraf Kekosongan
  1.Kumpulan PelaksanaPenolong Pegawai Sains   C29   Tetap          21

PERKARA AM

1.     Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2.     Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

3.     Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.

4.     Pihak Pengurusan Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan Universiti.

5.     Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

6.     Syarat kemasukan sila rujuk Lampiran A

PANDUAN PERMOHONAN

1.     Permohonan perlu dibuat secara bertulis kepada Pendaftar melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan mengisi Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di laman web Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) melalui link BORANG PERMOHONAN PELANTIKAN DALAMAN KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK BAGI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Sila sertakan bersama resume atau “curriculum vitae” dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas.

2.     Sila hantarkan permohonan ke :

Unit Perjawatan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim

Perak

3.     Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM 05-450 6328 / 6339 / 6340

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan jawatan-jawatan yang diiklankan adalah pada 03 Julai 2020 (Jumaat).