PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

TERKINI: Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Bahagian 2 Bagi Tahun 2021

June 30, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pengisian SKT Bahagian 2 bagi Tahun 2021 akan dibuka pada 1 Julai 2021 hingga 19 Julai 2021 untuk tindakan Pegawai Yang Dinilai (PYD) serta Pegawai Penilai Pertama (PPP) melalui MyUPSI Portal.

Di bahagian ini, PYD perlu membuat pengemaskinian terhadap SKT samada MENAMBAH/MENGGUGUR atau TIADA PERUBAHAN pada SKT Bahagian 1 yang terdahulu. Manakala tindakan PPP pula ialah menyemak dan mengesahkan SKT PYD.

Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Prestasi Staf UPSI, staf yang tidak mengisi SKT akan dikenakan tindakan seperti berikut:

  1.        tidak layak untuk mengisi LNPT;
  2.        tidak disahkan dalam jawatan;
  3.        tidak disambung kontrak;
  4.        tidak diluluskan cuti belajar; dan/atau
  5.        tidak dibenarkan menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 013-5584355 atau emel ke bsm@upsi.edu.my.

Bersama-sama ini dilampirkan, klik pada pautan : Infografik SKT Tahun 2021 untuk makluman dan rujukan.

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!