PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Insuran

October 18, 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk, dan petikan Minit Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Universiti Bil.9/2016, bertarikh 16 Mac 2016 berhubung kelulusan Penubuhan Tabung Kebajikan Staf dan Skim Insurans Berkelompok Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah berkaitan.

Untuk makluman, perlindungan takaful ini telah dilaksanakan secara rasminya pada 01/05/2016 dan diuruskan oleh Unit Kebajikan Staf, Bahagian Sumber Manusia, UPSI. Seramai 767 orang staf UPSI telah mencarum dimana dengan hanya potongan sebanyak RM5.00, staf layak untuk mencarum di dalam Tabung Kebajikan Staf dan Skim Insurans Berkelompok. Justeru, sebagai penyampaian maklumat kepada staf berhubung perkara-perkara yang dilindungi, bersama-sama ini disertakan brosur berkenaan untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.