Persaraan

Kit utama, Soalan-soalan Lazim, dan kemudahan kalkulator bagi membantu anda merancang alam persaraan anda.

Kad Budi Bitara UPSI untuk pesara Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai tanda penghargaan dan akses kepada kemudahan universiti.

Kit Persaraan Kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kit Persaraan ini disediakan sebagai rujukan kepada bakal pesara/ pesara UPSI mengenai pemberian faedah dan kemudahan persaraan. Kit ini juga menerangkan mengenai panduan penjagaan kesihatan, panduan kewangan dan panduan aktiviti pasca persaraan yang boleh dijadikan rujukan asas kepada bakal pesara UPSI.

Antara maklumat penting yang disertakan dalam kit ini:

  • Faedah Persaraan: Ganjaran Perkhidmatan, Pencen Bulanan, dan Award Gantian Cuti Rehat (GCR).

  • Kad Pesara: Maklumat pendaftaran kad pesara oleh JPA.

  • Panduan Kewangan: Termasuk pengurusan kewangan, wasiat, hibah, dan cara mengelak penipuan.

  • Aktiviti Pasca Persaraan: Idea untuk kerohanian, keusahawanan, atau aktiviti lain yang bermanfaat.

  • Keistimewaan Pesara UPSI: Kad Budi Bitara dan kemudahan seperti pelekat kenderaan.

* Kit ini bertujuan memastikan kakitangan UPSI bersedia menghadapi persaraan dengan keyakinan, keselesaan, dan kemudahan.

Perlukan Bantuan?

Untuk pertanyaan atau bantuan berkaitan persaraan, sila hubungi Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

retirement-saving

Portal Rasmi Persaraan

Akses maklumat persaraan dan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Soalan Lazim

Kalkulator Persaraan Wajib

Kalkulator Persaraan Pilihan