Majlis
Sorotan aktiviti, acara terkini, dan hebahan dari Bahagian Sumber Manusia.
Am
Sesi Penyerahan Borang Opsyen SSPA Bersama Staf Bahagian Keselamatan
Jangan risau, kami tak lupa kepada warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sedang menjalani latihan di Pulapol Langkawi. Puan Mahanum, Timbalan Pendaftar Kanan, BSM dan Pegawai di Unit Perjawatan turun menyerahkan sendiri borang opsyen SSPA kepada pegawai yang sedang menjalani latihan di sana.Sama-sama juga kita doakan Encik Ahmad Zairi yang dimasukkan ke Hospital di sana diberikan kesembuhan.Pengiktirafan
Anugerah Kecemerlangan Staf (AKS) – Anugerah Tokoh Pelaksana
Sekalung Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Ashraf bin M Zainal Abidin, Penerima bagi Anugerah Kecemerlangan Staf (AKS) – Anugerah Tokoh Pelaksana. Semoga terus memberikan komitmen yang cemerlang dan menjadi inspirasi kepada semua staf UPSI.
Am
SESI MENANDATANGANI AKU JANJI BERSAMA PENDAFTAR
Seramai 39 orang kakitangan UPSI yang baharu melapor diri pada bulan Februari hingga Mac 2024 telah menghadiri sesi pada kali ini. Selain diadakan Sesi Aku Janji, Pendaftar UPSI juga turut menyampaikan amanat dan penerangan berkenaan peraturan-peraturan Universiti.