PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

TERKINI : Hebahan berkenaan Anugerah Kecemerlangan Staf Pentadbiran

February 5, 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa Anugerah Kecemerlangan Staf Pentadbiran sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC UPSI) pada 5 Mac 2020 telah dibuka penyertaannya pada kali ini. Sehubungan itu, BSM selaku urusetia Kategori Pentadbiran mengalu-alukan permohonan dari staf pentadbiran untuk menghantar penyertaan. Penyertaan boleh dilakukan melalui pencalonan sendiri, rakan sekerja atau melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan borang yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan dan Borang Penyertaan bagi kategori seperti berikut:-

1) Anugerah Tokoh Pentadbir 2019 (.pdf)
2) Anugerah Pentadbir Harapan (.pdf)
3) Anugerah Tokoh Pelaksana 2019 (.pdf)

Semua penyertaan yang lengkap perlu sampai ke Urus setia sebelum 18 Februari 2020 jam 5 petang. Borang penyertaan juga boleh didapati di laman sesawang UPSI – http://www.upsi.edu.my/

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Timbalan Pendaftar Kanan, BSM (Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain) di talian 6351/ Puan Nurul Aini Danari – 6858/ Pn. Haryati Zulkafli – 6879.

 

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!