PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Jawatan Bukan Akademik

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK (KONTRAK)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan di Malaysia dan  berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.

Senarai kekosongan jawatan adalah seperti berikut:-


BIL


KUMPULAN PERKHIDMATAN


JAWATAN


GRED


TARAF


KEKOSONGAN

1.

Pengurusan dan Profesional

Skim Perkhidmatan Khas Universiti

SPKU 41

Kontrak

2

2

Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Bidang Pembangunan Sistem)

SPKU 41

Kontrak

1

3

Kumpulan Pelaksana

Penolong Jurutera (Bidang Elektrik)

JA29

Kontrak

1

4

Skim Perkhidmatan Khas Universiti

(Bidang Penolong Pegawai Senibina)

SPKU 29

Kontrak

1

5

Skim Perkhidmatan Khas Universiti

SPKU 19

Kontrak

1

6

Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Pembantu Pengurusan Murid)

SPKU 19

Kontrak

30

Klik DISINI untuk mendapatkan syarat-syarat permohonan bagi jawatan yang disenaraikan.

PANDUAN PERMOHONAN

  1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
  2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  4. Setelah permohonan lengkap diisi,
    4.1        sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;

    4.2        sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);
    4.3        cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah;
    4.4        pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

  5. Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:
    5.1        bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
    5.2        telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)

  6. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.

  7. Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  8. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
  9. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  10. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
  11. Sila hantarkan permohonan ke :
    Unit Perjawatan
    Bahagian Sumber Manusia
    Universiti Pendidikan Sultan Idris
    35900 Tanjung Malim, Perak
  12. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM :
    05-4506328 / 6338 / 6399
  13. Tarikh tutup permohonan jawatan diiklankan adalah pada 6 Ogos 2023 (Ahad).