PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Kerjaya

Jawatan Bukan Akademik

Jawatan Pentadbiran (Bukan Akademik)

Closing Date: 30/10/2023

Vacancy Details

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.

 

Senarai kekosongan jawatan adalah seperti berikut:-

BIL

KUMPULAN PERKHIDMATAN

JAWATAN

GRED

TARAF

1.

Pelaksana

Pembantu Pembedahan Pergigian

U19

Kontrak

2.

Skim Perkhidmatan Khas Universiti
(Pembantu Belia dan Sukan)

19

Kontrak

 

Klik DISINI untuk mendapatkan syarat-syarat permohonan bagi jawatan yang disenaraikan.


PANDUAN PERMOHONAN

 

  1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
  2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  4. Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:
    4.1 bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
    4.2 telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)
  5. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
  6. Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  7. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
  8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  9. Setiap permohonan jawatan dikenakan RM 10.00 bagi satu (1) jawatan.
  10. Calon perlu memastikan maklumat di dalam Myjobs adalah lengkap bagi memastikan permohonan dapat diproses selanjutnnya.
  11. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
  12. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM
    05 – 450 6328 / 6338 / 6399
    TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    Tarikh tutup permohonan jawatan yang diiklankan adalah pada 30 Oktober 2023.

SHARE