PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Persaraan

Kit Persaraan Kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kit Persaraan ini disediakan sebagai rujukan kepada bakal pesara/ pesara UPSI mengenai pemberian faedah dan kemudahan persaraan. Kit ini juga menerangkan mengenai panduan penjagaan kesihatan, panduan kewangan dan panduan aktiviti pasca persaraan yang boleh dijadikan rujukan asas kepada bakal pesara UPSI.

Antara maklumat penting yang disertakan dalam kit ini:

  • Faedah Persaraan: Ganjaran Perkhidmatan, Pencen Bulanan, dan Award Gantian Cuti Rehat (GCR).
  • Kad Pesara: Maklumat pendaftaran kad pesara oleh JPA.
  • Panduan Kewangan: Termasuk pengurusan kewangan, wasiat, hibah, dan cara mengelak penipuan.
  • Aktiviti Pasca Persaraan: Idea untuk kerohanian, keusahawanan, atau aktiviti lain yang bermanfaat.
  • Keistimewaan Pesara UPSI: Kad Budi Bitara dan kemudahan seperti pelekat kenderaan.

Kit ini bertujuan memastikan kakitangan UPSI bersedia menghadapi persaraan dengan keyakinan, keselesaan, dan kemudahan.

For any inquiries and more detail, kindly please contact Service Unit : 05-450 6350/6352/6342/6364