UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai UPSI No. 1 Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.
Senarai kekosongan jawatan adalah seperti berikut:-
BIL | KUMPULAN PERKHIDMATAN | JAWATAN | GRED | TARAF | TARIKH |
1. | Kumpulan Pelaksana | Pengawal Keselamatan (.pdf) | KP11 | Tetap | 12/11/2021 |
2. | Pengurusan & Profesional | Skim Perkhidmatan Khas Universiti | 41 | Kontrak | 14/11/2021 |
3. | Kumpulan Pelaksana | Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Penolong Pegawai Penyelidik / Teknologi Maklumat) (.pdf) | 29 | Kontrak | |
4. | Kumpulan Pelaksana | Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Pentadbiran) (.pdf) | 19 | Kontrak | |
5. | Sokongan | Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Pembantu Operasi / Penyelamat Kolam / Pengasuh) (.pdf) | 11 | Kontrak | |
6. | Pengurusan & Profesional | Pegawai Tadbir (.pdf) | N41 | Kontrak | 28/11/2021 |
PANDUAN PERMOHONAN
- Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
- Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
- Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
- Setelah permohonan lengkap diisi,
a) sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
b) sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);
c) cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah;
d) pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj). - Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjob.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
- Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
- Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
- Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
- Sila hantarkan permohonan ke:
Unit Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
11. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM : 05 – 450 6328 / 6399 / 6339 / 6340
Related Posts
- Persidangan Pengurusan Sumber Manusia (PERSUMA’23)
- Iklan Kekosongan Jawatan Bukan Akademik (Kontrak)
- Iklan Kekosongan Jawatan Akademik (Tetap/Kontrak) Tahun 2023
- Iklan Jawatan Personel MySTEP Di Institut Pengajian Siswazah (IPS)
- Iklan Jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional
- Iklan Jawatan Universiti Pendidikan Sultan Idris