Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2022. Jika anda seorang yang berkelayakan, komited dan pro-aktif untuk bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan, berikut adalah kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Klik disini untuk maklumat lanjut.
Bil | Jawatan | Gred & Taraf | Fakulti | Bidang | Kriteria Pemilihan |
1. | PENSYARAH UNIVERSITI | DS51 (Tetap) | Fakulti Bahasa dan Komunikasi | a.TESL b.Bahasa Melayu (Pendidikan) c.Kesusasteraan Melayu (Pendidikan) d.Bahasa Melayu (Semantik / Pragmatik) e.Bahasa Mandarin f.Komunikasi dan Media | Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan. |
GAJI DAN KEMUDAHAN ELAUN
GRED JAWATAN | GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM | IMBUHAN TETAP DAN ELAUN SARA HIDUP |
Pensyarah Universiti – Gred DS51 | 5,855.00 – 12,445.00 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) RM 290.00 | Imbuhan Tetap Keraian – RM 600.00 Imbuhan Tetap Perumahan – RM 700.00 Elaun Bantuan Sara Hidup – RM 150.00 |
SYARAT-SYARAT UMUM
a. Warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
SYARAT-SYARAT KHUSUS
JAWATAN: PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 (TETAP)
a. Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b. Mempunyai dedikasi yang tinggi sebagai pendidik, terlibat aktif dalam aktiviti penyelidikan perundingan dan penerbitan serta khidmat masyarakat.
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
CARA MEMOHON
Pemohon Warganegara hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online di pautan http://myjobs.upsi.edu.my/.
ATAU
Pemohon menghantar permohonan beserta CV kepada:
Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
PENTING : Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 9 DISEMBER 2022