PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Iklan Kekosongan Jawatan Akademik (Tetap/Kontrak) Tahun 2023

Julai 13, 2023

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2023. Jika anda seorang yang berkelayakan, komited dan pro-aktif untuk bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan, berikut adalah kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

BILJAWATANGRED  & TARAFFAKULTI BIDANGKRITERIA PEMILIHAN
1.














PENSYARAH UNIVERSITI     
DS51 (Tetap/Kontrak)Fakulti Sains Kemanusiaan– Kurikulum dan Pendidikan Pengajian Am / Pedagogi / Kurikulum Sosiologi
– Kurikulum dan Pendidikan Geografi
– Sejarah Malaysia
– Pendidikan Islam
– Syariah
– Pendidikan Moral
– Geografi
Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan.  
2.Fakulti Pembangunan Manusia– Sosiologi
– Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
– Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Penglihatan)  
3.Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi– IoT (Internet of Things)
– Pembangunan Aplikasi Mudah Alih
– Grafik Komputer
– Pendidikan Teknologi Maklumat / Pendidikan Multimedia
– Rangkaian Komputer
– Matematik untuk Komputeran  
4.Fakulti Pengurusan dan Ekonomi– Kewangan
– Pengauditan
– Pendidikan Perakaunan
– Pendidikan Ekonomi
– Ekonomi Kewangan
– Pembangunan Sumber Manusia
– Pengurusan Sumber Manusia
– HRM (Occupational Safety and Health)
– Pengurusan Pendidikan
– Perancangan dan Dasar Pendidikan
– Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan
– Penyelidikan Kualitatif dalam Penyelidikan
– Pengurusan / Pembangunan Sumber Manusia dalam Pendidikan
– Kepimpinan Pendidikan  
Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan.  
GAJI DAN KEMUDAHAN ELAUN
GRED JAWATANGAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUMIMBUHAN TETAP DAN ELAUN SARA HIDUP
Pensyarah Universiti – Gred DS51        RM 5,855.00 – 12,445.00
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
RM 290.00    
Imbuhan Tetap Keraian RM 600.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 700.00
Elaun Bantuan Sara Hidup RM 150.00
SYARAT-SYARAT UMUM
a.    Warganegara Malaysia;
b.    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.   
SYARAT-SYARAT KHUSUS
JAWATAN: PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 (TETAP/KONTRAK)
a. Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b.   Mempunyai dedikasi yang tinggi sebagai pendidik, terlibat aktif dalam aktiviti penyelidikan perundingan dan penerbitan serta khidmat masyarakat.  
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.  
 
CARA MEMOHON
Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun Online Job Application myjobs.upsi.edu.my

DAN

Pemohon perlu menghantar permohonan beserta CV kepada:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak

PENTING :
Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
27 Oktober 2023

Talian telefon Bahagian Sumber Manusia telah pulih!