PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Kursus Membina Teks Ucapan Majlis Rasmi

November 16, 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan yang dihormati,

2.  Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan  Kursus Membina Teks Ucapan Majlis Rasmi  kepada kakitangan seperti butiran berikut:

Tarikh    : 25 November 2022 (Jumaat)
Masa     : 8.30 pagi hingga 4.30 petang 
Tempat   : Dewan Sri Tanjong, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI

3.    Sekiranya terdapat individu/ kakitangan luar UPSI yang berminat untuk menyertai kursus ini, peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 sahaja termasuk sijil penyertaan serta pakej makan/minum. Sekiranya berminat, YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi urusetia Pn. Suriani binti Shariff di talian (011-24141005- surianishariff@upsi.edu.my) untuk pertanyaan lanjut berkenaan kursus tersebut.  

Sekian, terima kasih.