Assalamu’alaikum/Salam Sejahtera.
YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan yang dihormati,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan Kursus Pra-Persaraan seperti ketetapan berikut:
Tajuk : Kursus Pra Persaraan: Dah Nak Pencen…Bersediakah Kita?
Tarikh : 20 hingga 22 September 2023 (Rabu hingga Jumaat)
Tempat : Hotel Sentral Sea View Penang, Pulau Pinang
3. Sehubungan itu, pihak kami ingin membuka penyertaan kepada Penjawat Awam yang bakal bersara dari pelbagai gred jawatan yang berminat di organisasi YBhg Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan untuk menghadiri kursus ini. Bersama-sama surat ini dilampirkan brosur untuk tindakan YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Pof./Dr./ Tuan/Puan dan tarikh tutup permohonan pada 1 September 2023 (Jumaat).
4. Semoga penyertaan ke kursus ini dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman serta persediaan ke alam persaraan. Jutaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang bakal diberikan oleh pihak YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Pof./Dr./Tuan/Puan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan kursus ini, tuan boleh menghubungi urus setia Encik Tajul Maulud Bin Abdul Rahman di talian 011-33240724 atau emel kepada tajulmaulud@upsi.edu.my. Sila KLIK SINI untuk brosur dan borang.
Sekian, terima kasih.