PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

Kerjaya

Jawatan Akademik

Pensyarah Universiti

Closing Date: 31/10/2024

Vacancy Details

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2024. Jika anda seorang yang berkelayakan, komited dan pro-aktif untuk bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan, berikut adalah kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Klik disini untuk maklumat lanjut.

BIL

JAWATAN

GRED  & TARAF

Fakulti

Bidang

Kriteria Pemilihan

1.

 

 

 

 

PENSYARAH UNIVERSITI

 

 

 

 

 

DS51 (Tetap)

 

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

 

–       Pengurusaan Pendidikan

–       Perancangan dan Dasar Pendidikan

–       Pengurusan Kualiti Dalam Pendidikan

–       Penyelidikan Kualitatif Dalam Pendidikan

–       Pengurusan/Pembangunan Sumber Manusia Dalam Pendidikan

–       Kepimpinan Pendidikan

 

 

Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan.

 

 

 


SYARAT-SYARAT UMUM

 a.    Warganegara Malaysia;
b.     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

                                                                                                                      JAWATAN: PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 (TETAP)
a.    Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b.    Mempunyai dedikasi yang tinggi sebagai pendidik, terlibat aktif dalam aktiviti penyelidikan perundingan dan penerbitan serta khidmat masyarakat.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

Pemohon Warganegara hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online di pautan myjobs.upsi.edu.my

PENTING :
Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

SHARE