Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan yang dihormati,
2. Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan  Kursus Pemantapan Khatib dan Khutbah Efektif kepada kakitangan seperti butiran berikut:
      Tarikh : 13 hingga 14 Oktober 2022 (Khamis hingga Jumaat)
      Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
      Tempat : Bilik Seminar, Aras Bawah, Blok 9, Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI
3.   Bagi kakitangan UPSI, Permohonan bagi mengikuti kursus ini boleh dibuat melalui MyUPSI Portal selewat-lewatnya pada 6 Oktober 2022 (Khamis).Â
4.  Sekiranya terdapat individu/ kakitangan luar UPSI yang berminat untuk menyertai kursus ini, peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 sahaja termasuk sijil penyertaan serta pakej makan/minum (tiga kali sehari). Sekiranya berminat, YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi urusetia Pn. Suriani binti Shariff di talian (011-24141005- surianishariff@upsi.edu.my) atau En. Muhammad Hamdi bin Azmi (017-4693178 / mdhamdi@upsi.edu.my) untuk pertanyaan lanjut berkenaan kursus tersebut. Â
Sekian, terima kasih.