PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN

Search

TERKINI : Iklan Jawatan Kosong Bukan Akademik

September 9, 2022

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai UPSI No.1 Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.

Senarai kekosongan jawatan adalah seperti berikut:-

BIL KUMPULAN PERKHIDMATANJAWATAN GRED TARAF KEKOSONGAN
1.   Kumpulan Pelaksana Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)SPKU 29   Kontrak     1    
2.   Kumpulan Pelaksana Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Bidang KebudayaanN19 Kontrak 1

PANDUAN PERMOHONAN

  1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
  2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  4. Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.
  5. Setelah permohonan lengkap diisi,
    5.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
    5.2 sila sertakan salinan dokumen / sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas seperti berikut: –
    (i) Kad Pengenalan;
    (ii) Ijazah Sarjana Muda/Diploma (jika berkaitan);
    (iii) Transkrip Akademik (jika berkaitan);
    (iv) Sijil Matrikulasi KPM/STPM/STAM/SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM/PT3/PMR/SRP atau setaraf (jika berkaitan);
    (v) Sijil Kokurikulum; dan
    (vi) Lain-lain dokumen yang berkaitan.
    5.3 dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel;
    5.4 pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/sementara/sambilan) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).
  6. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Semak Permohonan di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara dalam talian di ruangan tersebut.
  7. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara dalam talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
  9. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  10. Sila hantarkan permohonan ke:

      Unit Perjawatan
      Bahagian Sumber Manusia
      Universiti Pendidikan Sultan Idris
      35900 Tanjung Malim, Perak

10. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM :

      No. Telefon : 05 – 450 6328 / 6338 / 6399 / 6339 / 6340

      Emel : bsm.perjawatan@upsi.edu.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan jawatan yang diiklankan adalah pada 23 September 2022 (Jumaat).