Kit lapor diri ini merupakan panduan kepada kakitangan baharu yang melapor diri
di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkaitan tanggungjawab semasa
melapor diri dan dokumen yang perlu dilengkapkan oleh kakitangan yang
melapor diri. Kit ini juga menjelaskan perkara-perkara seperti urusan
perkhidmatan, kemudahan cuti dan elaun, kemudahan perubatan, peluang
pengembangan kerjaya dan lain-lain. Diharapkan kit ini dapat membantu
kakitangan memperoleh informasi awal dan seterusnya mencapai
kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan di UPSI.
Segala pekeliling dan peraturan yang terdapat dalam Kit Lapor Diri ini tertakluk kepada
perubahan dan pindaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pengguna kit
ini untuk mendapatkan maklumat pekeliling dan peraturan terkini di laman web yang berkaitan.